MENGUCAPKAN "LAA ILAHA ILLALLAH" SEBAGAI TANDA SEDANG MENTAUHID ATAU MENGESAKAN ALLAH

Mengucapkan “LAA ILAHA ILLALLAH” sebagai tanda sedang mentauhid atau mengesakan Allah atau tidak menyekutukan sesuatu dengan Allah atau tidak melakukan sebarang perbuatan syirik

MENTAUHID ATAU MENGESAKAN ALLAH ADALAH HASIL DARIPADA LIMPAH KURNIA ALLAH KEPADA UMAT MANUSIA

12.Surah Yūsuf ayat 37

Yusuf menjawab: "(Aku bukan sahaja dapat menerangkan takwil mimpi kamu itu, bahkan) tidak datang kepada kamu sesuatu makanan yang diberikan kepada kamu (tiap-tiap hari dalam penjara), melainkan aku juga dapat memberitahu kepada kamu akan nama dan jenisnya, sebelum ia dibawa kepada kamu. Yang demikian itu ialah sebahagian dari apa yang diajarkan kepadaku oleh Tuhanku. Dengan sebab itu aku meninggalkan agama kaum yang tidak beriman kepada Allah serta tidak pula percayakan hari akhirat.

12.Surah Yūsuf ayat 38

"Dan aku menurut agama bapa dan datuk nenekku: Ibrahim dan Ishak serta Yaakub. Tidaklah sepatutnya kita mempersekutukan sesuatu pun dengan Allah. Mentauhid - mengesakan Allah ialah hasil dari limpah kurnia Allah kepada kita dan kepada umat manusia. Tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.

MENGGAPAI MENTAUHID ATAU MENGESAKAN ALLAH DENGAN CARA BERTAUBAT DENGAN “TAUBAT NASUHA”

BERTAUBATLAH DENGAN “TAUBAT NASUHA”, MUDAH-MUDAHAN TUHAN KAMU AKAN MENGHAPUSKAN KESALAHAN-KESALAHAN KAMU DAN MEMASUKKAN KAMU DALAM SYURGA

Firman Allah

66.Surah At-Taĥrīm ayat 6

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

66.Surah At-Taĥrīm ayat 7

Malaikat itu akan berkata kepada orang-orang yang dimasukkan ke dalam neraka): "Hai orang-orang yang kufur ingkar! Janganlah kamu menyatakan uzur (dengan meminta ampun) pada hari ini, (kerana masanya telah terlambat). Kamu hanyalah dibalas dengan balasan apa yang kamu telah kerjakan".

66.Surah At-Taĥrīm ayat 8

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan "Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".

Taubat Nasuha ialah bertaubat daripada melakukan segala perbuatan syirik seperti firman Allah

2.Surah Al-Baqarah ayat 54

Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:

"Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu,

maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu;

iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU".

Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".

JANJI ALLAH KEPADA ORANG YANG TELAH MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH UNTUK BERTAUBAT DENGAN TAUBAT NASUHA IAITU "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI"

4.Surah An-Nisā' ayat 66

Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah):

"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA

Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).

4.Surah An-Nisā' ayat 67

Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;

4.Surah An-Nisā' ayat 68

DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.

4.Surah An-Nisā' ayat 69

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).

JALAN YANG LURUS YANG DIMAKSUDKAN IALAH SEPERTI MANA FIRMAN ALLAH

15.Surah Al-Ĥijr ayat 39

Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,

15.Surah Al-Ĥijr ayat 40

"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".

15.Surah Al-Ĥijr ayat 41

Allah berfirman: "INILAH SATU JALAN YANG LURUS, YANG TETAP AKU MEMELIHARANYA.

Dengan ini memperjelaskan bahawa kepada sesiapa yang telah bertaubat daripada sebarang perbuatan syirik dengan melakukan perintah Allah

"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

Allah akan pimpin mereka ke jalan yang lurus iaitu menjadi seorang yang dibersihkan daripada sebarang syirik ....

Setiap orang mesti tahu, boleh menghuraikan apakah yang dimaksudkan dengan perintah Allah

"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

Dan bagaimana caranya untuk melakukan perintah Allah

"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

Mengikut seperti mana yang dikehendaki oleh Allah ...

Maksud daripada perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU" ialah melaksanakan perintah Allah yang terkandung di dalam Al-Quran, yang apabila dilakukan perintah tersebut akan menghilangkan keberadaan atau keakuan diri sendiri

Salah satu daripada perintah Allah yang apabila dilaksanakan akan menghilangkan keberadaan atau keakuan diri sendiri ialah dengan melaksanakan apa yang tersurat dan yang tersirat di dalam firman Allah

73.Surah Al-Muzzammil ayat 8

Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Surah Al-'A`rāf ayat 205

Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.

Bagaimana hendak menyebut nama tuhanmu dengan lisan lidah boleh dilakukan mengikut seperti mana firman Allah pada

17.Surah Al-'Isrā' ayat 110

Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau solatmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.

Yang cara untuk menyebut nama Allah secara tersembunyi di dalam hati boleh dilakukan yang diambil dari apa yang tersurat dan apa yang tersirat daripada sabda Nabi Muhammad saw

Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.

- Pejamkan matamu,
- Tongkat kan lidahmu ke langit-langit,
- sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya